KUALA LUMPUR: Jumlah RM48.873 bilion yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan angka ketirisan atau kerugian sebaliknya merupakan nilai keseluruhan program, aktiviti dan projek yang diaudit di bawah seliaan kerajaan Persekutuan. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, jumlah tersebut sebagaimana yang dipetik beberapa portal media berpotensi mencetuskan kekeliruan serta persepsi negatif yang tidak berasas terhadap pengurusan kewangan negara. Katanya, skop pengauditan ini secara…