JPJ perluas penguatkuasaan tali pinggang keledar bas henti-henti

JPJ perluas penguatkuasaan tali pinggang keledar bas henti-henti

NORAINI Mohd Nawi (kanan) melakukan pemeriksaan semasa Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Terminal Perlis Sentral, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis akan memperluaskan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada semua bas henti-henti dan perbandaran secara berperingkat, selepas pelaksanaan sedia ada melibatkan hanya bas ekspres dan persiaran yang dibina mulai 1 Januari 2020.

Pengarah JPJ negeri, Noraini Mohd. Nawi berkata, setakat ini tumpuan masih diberikan kepada penguatkuasaan terhadap bas ekspres dan persiaran, namun usaha ke arah perluasan kepada bas henti-henti sedang dirangka.

“Pelaksanaan kepada bas perbandaran akan dibuat secara fasa. Sekarang ini, kita fokus kepada kenderaan yang telah diwajibkan pemasangan tali pinggang sejak tahun 2020,” katanya selepas Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Terminal Perlis Sentral, di sini hari ini.

Bermula 1 Julai lalu, JPJ mewajibkan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran yang dibina mulai 1 Januari 2020.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dipetik sebagai berkata, bas-bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar tersebut.

Noraini berkata, sejak 1 Julai, sebanyak 130 pemeriksaan ke atas bas ekspres dan persiaran telah dijalankan di Perlis, melibatkan 79 buah bas ekspres dan 51 buah bas persiaran.

“Hanya satu kompaun dikeluarkan kepada pemandu dan seorang penumpang dengan nilai masing-masing RM300. Selain itu, 17 penumpang bawah umur diberi nasihat secara advokasi,” katanya.

JPJ negeri turut mengenal pasti 27 buah bas dibina selepas 1 Januari 2020 yang perlu lengkap dengan tali pinggang keledar.

Katanya, selain penguatkuasaan, advokasi turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang pematuhan Kaedah 4 dan 4A, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan 2008). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN