Jenazah enam beranak selesai dibedah siasat, dalam perjalanan ke Jerlun untuk pengebumian - Utusan Malaysia

Jenazah enam beranak selesai dibedah siasat, dalam perjalanan ke Jerlun untuk pengebumian

JENAZAH salah seorang mangsa yang selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jenazah enam beranak yang ditemukan lemas di Sungai Korok selepas kereta dinaiki mereka terbabas selesai dibedah siasat dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Kenderaan membawa enam sekeluarga itu bergerak dari pekarangan hospital pada pukul 9.25 malam tadi menuju ke Masjid Al Taqwa, Jerlun untuk disembahyangkan.

Mereka ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan.

Keenam-enam jenazah itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Ayer Hitam malam ini.

Terdahulu, enam beranak yang dikhuatiri hilang selepas pulang dari rumah ahli keluarga mereka di Taman Sri Aman, Jitra sejak Sabtu lalu ditemukan lemas di dalam kereta di Sungai Korok, Jitra pada pagi ini.

Kehilangan mereka menjadi tanda tanya selepas tidak dapat dikesan ahli keluarga sebelum kenderaan Proton Iswara dinaiki enam beranak itu ditemukan di Sungai Korok. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN