PETALING JAYA: Aliran penipuan kian membimbangkan apabila penjenayah siber mula mempergunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperdaya mangsa. Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Mohd. Zamri Mohd. Nor berkata, teknologi berkenaan digunakan berikutan ia mampu membuatkan jenayah penipuan kelihatan lebih nyata selain sukar untuk dikesan pihak berkuasan. “Antara taktik terbaru digunakan oleh scammer adalah dengan mengambil gambar individu berpengaruh dan menggunakan teknologi AI…










