Jangan layan permintaan tangguh pengharaman vape

Jangan layan permintaan tangguh pengharaman vape

Laporan Utusan Malaysia 170725
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Perlis digesa tidak mempertimbangkan sebarang lanjutan tempoh penguatkuasaan lara­ngan penjualan rokok elektro­nik dan vape di negeri itu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan tegas perlu diambil dengan segera kerana vape dan rokok elektronik bukanlah barangan biasa tetapi mengandungi cecair yang boleh memusnahkan nyawa generasi muda.

“Penjualan vape perlu diharamkan serta-merta, pihak berkuasa tidak boleh beri tempoh lanjutan untuk sesuatu barangan yang musnahkan nyawa anak-anak muda.

“Sudah banyak bukti menunjukkan cecair dalam vape adalah dadah. Kita kena lindungi generasi muda daripada ambil bahan terlarang,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Semalam, pengusaha vape di Perlis merayu agar kerajaan negeri itu mempertimbang melanjutkan tempoh larangan penjualan rokok elektronik sehingga hujung tahun ini bagi menghabiskan stok sedia ada selepas ia diharamkan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.

Mohideen berkata, CAP tidak bersetuju dengan permintaan sesetengah pengusaha vape itu. Katanya, penangguhan pe­nguatkuasaan hanya akan membuka lebih banyak ruang kepada kerosakan sosial termasuk pe­ningkatan kes ketagihan dadah dalam kalangan remaja.

“Jika kerajaan lanjutkan (penjualan), mungkin lebih banyak masalah sosial akan timbul. Tutup operasi kedai vape adalah langkah paling bijak.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×