Jabatan Audit Negara perlu bebas, kekalkan integriti

Jabatan Audit Negara perlu bebas, kekalkan integriti

audit
Dr. Mohd Radzi Jidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen melahirkan kebimbangan ekoran penglibatan Jabatan Audit Negara dalam program kerajaan bertemakan ‘Santuni Madani’ yang boleh menjejaskan prinsip asas kebebasan dan integriti institusi audit negara.

Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkata, konsep ‘auditor independence’ atau kebebasan juru audit adalah teras kepada kredibiliti sesuatu laporan audit.

“Juru audit bukan sahaja perlu bebas dalam pemikiran, tetapi juga perlu dilihat bebas oleh masyarakat. Ini penting bagi mengekalkan kepercayaan umum terhadap hasil audit yang dikeluarkan.

“Jabatan Audit Negara ‘must be independent in both facts and appearance’,” katanya dalam sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat hari ini

Radzi mempersoalkan penglibatan Jabatan Audit Negara dalam promosi program ‘Santuni Madani’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai di Taman Tasik Taiping, di bawah seliaan ICU Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimana Jabatan Audit Negara hendak mengaudit program Santuni Madani yang mereka sendiri turut terlibat sebagai pelaksana dan promosi kepada program tersebut. Ini adalah ‘advokasi track’ atau dalam bahasa Melayunya disebut ancaman advokasi kepada kebebasan juru audit?

“Ini adalah ‘self review track’ iaitu disebut sebagai ancaman semakan sendiri. Maknanya mereka semak benda yang mereka buat,” jelasnya.

Katanya, situasi itu diibaratkan seperti pelajar yang diminta menyemak tugasan sendiri, pasti akan cenderung memberi markah tinggi kepada diri sendiri.

Beliau juga menegaskan bahawa penjawat awam termasuk warga pendidikan dan guru semakin dibebani dengan pelbagai program bertemakan ‘Madani’ yang menurutnya bersifat politik, dan menyeru supaya agensi profesional seperti Jabatan Audit Negara tidak dijadikan alat promosi politik kerajaan.

“Saya mohon Ketua Audit Negara membuat keputusan segera untuk menghentikan penglibatan dalam program Santuni Madani, demi mempertahankan kredibiliti dan integriti jabatan itu,” katanya.

Tambah beliau, pengalaman sebagai bekas Menteri Pendidikan semasa pentadbiran ‘Keluarga Malaysia’ menunjukkan bahawa penjawat awam perlu bebas daripada sebarang unsur politik dalam pelaksanaan tugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN