Isu pelantikan hakim: Jangan kaitkan eksekutif, hormati proses dan Perlembagaan

Isu pelantikan hakim: Jangan kaitkan eksekutif, hormati proses dan Perlembagaan

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan Buku Laporan Indeks Keselamatan Semapadan Negara (IKSN) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman (dua, kanan) pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan segelintir pihak supaya tidak lagi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu serta polemik pelantikan hakim atasan.

Menurutnya, beliau mahu semua pihak menghormati proses lantikan itu kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutama membabitkan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Tak perlulah ada pre-judge (kesimpulan awal) dan tak perlu ada tohmahan lain mengatakan Perdana Menteri atau eksekutif campur tangan dan sebagainya.

“Tak ada keperluan itu lagi. Hormati proses. Nak buat apa pun tuntutan, biar proses itu berlaku dulu.
Apatah lagi kalau tohmahan itu tak ada asas pun.

“Kalau nak sebut tentang dakwaan kebocoran, itu polis sudah buat kenyataan dan kita akan siasat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Katanya, jika perkara itu membabitkan Perkara 125 Perlembagaan, maka ia telah dijelaskan terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk isu pelanggaran etika oleh hakim.

Saifuddin berkata, jika ada peruntukan sedemikian jangan pula isu itu dituding kesalahan kepada kumpulan eksekutif.

Menurutnya, tiada keperluan untuk mana-mana pihak membuat tohmahan tidak berasas sebelum keputusan Majlis Raja-Raja membuat keputusan.

“Sekarang hal yang menjadi tumpuan rakyat seluruh negara adalah mengenai kekosongan (jawatan) Ketua Hakim Negara, dalam Perlembagaan ada dijelaskan Perkara 122(b) mengatakan Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN