Isu ‘kutty’: Tun M, Ahmad Zahid berdamai

Isu ‘kutty’: Tun M, Ahmad Zahid berdamai

MIOR Nor Haidir Suhaimi (kiri) bersama Shahrul Fazli bersalaman selepas selesai perbicaraan kes saman fitnah di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menamatkan pertikaian di antara mereka demi rakyat dan bagi memulihkan keharmonian dalam kalangan pemimpin-pemimpin negara.

Kata sepakat itu dicapai dalam kes saman fitnah berhubung isu `kutty’ di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mahkamah pada hari ini juga sepatutnya mendengar permohonan Ahmad Zahid untuk mengenakan tindakan komital terhadap bekas Presiden Umno itu.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, Dr. Mahathir, 100, selaku plaintif menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Ahmad Zahid, 73, tanpa kebebasan memfailkan semula.

Sementara itu, Ahmad Zahid pula menarik balik saman fitnah terhadap Dr. Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukan bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah di mahkamah.

Ahmad Zahid juga bersetuju menarik balik permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr. Mahathir.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN