PETALING JAYA: Integriti merupakan asas utama yang perlu dimiliki setiap hakim kerana keputusan mereka mampu menentukan kebebasan atau hidup mati seseorang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seorang hakim yang berintegriti akan membuat keputusan berlandaskan undang-undang dan prinsip keadilan tanpa dipengaruhi rasa takut mahupun pilih kasih. Beliau berkata, Seksyen 23(2)(a) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 menetapkan bahawa integriti, kompetensi dan pengalaman adalah kriteria utama dalam proses pelantikan…