GEORGE TOWN: Institusi Raja Berperlembagaan perlu terus dihormati dan dipelihara sebagai asas penting dalam pembinaan negara bangsa serta menjamin kestabilan sistem kenegaraan yang telah terbina sejak sekian lama. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib berkata, institusi diraja bukan sekadar lambang warisan sejarah, malah ia merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan yang berperanan menjaga keluhuran Perlembagaan, melindungi nilai tradisi dan menyatukan rakyat dalam semangat patriotisme. “Prinsip ini telah termaktub…










