Imigresen sedia bantu Indonesia kesan taikun suspek kes rasuah

Imigresen sedia bantu Indonesia kesan taikun suspek kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersedia membantu Indonesia berhubung seorang taikun minyak warga negaranya yang terlibat rasuah selepas dipercayai berada di Malaysia.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada pihak Indonesia.

“Kita sedia bantu mereka (Indonesia),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini media Indonesia melaporkan, taikun minyak, Riza Chalid yang merupakan suspek dalam kes rasuah berkaitan urusan import bahan api melibatkan anak syarikat Pertamina, syarikat minyak dan gas milik kerajaan Indonesia, yang mencatatkan kerugian berbilion-bilion rupiah.

Media Indonesia juga melaporkan bahawa rekod imigresen menunjukkan Riza telah berada di Malaysia sejak 6 Februari lalu sejak berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Menurut laporan media Indonesia, Tempo yang memetik pihak berkuasa negara itu, pihaknya sedang bekerjasama dengan imigresen Malaysia bagi mengesahkan keberadaan Riza yang didakwa meninggalkan republik itu dan tidak pernah kembali ke Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN