Imigresen gempur lokasi 'panas' di Johor Bahru

Imigresen gempur lokasi ‘panas’ di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen negeri ini menggempur beberapa lokasi tumpuan warga asing di bandar raya ini dan menahan 35 pekerja asing tanpa izin (PATI).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam beberapa serbuan kelmarin, seramai 56 individu diperiksa melibatkan 21 warga tempatan serta 35 warga asing, terdiri daripada lapan lelaki Indonesia, lapan (Myanmar), enam lelaki (Bangladesh), tiga lelaki (Pakistan), dua lelaki (Thailand), masing-masing seorang lelaki India dan Afghanistan serta enam wanita Indonesia.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,  Pas Lawatan Sosial dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN