IKSN jadi kayu ukur tahap keselamatan sempadan negara

IKSN jadi kayu ukur tahap keselamatan sempadan negara

SAIFUDDIN Nasution Ismail menunjukkan buku Laporan Indeks Keselamatan Semapadan Negara (IKSN) pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) yang dilancarkan hari ini adalah satu mekanisme ukuran tahunan tahap keselamatan di sempadan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, IKSN yang dibangunkan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dengan kerjasama strategi Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjadi alat penting bagi mengukur prestasi, keberkesanan dan kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan sempadan berasaskan data.

Beliau berkata, indeks ini dibangunkan berdasarkan kepada data kukuh yang ada pada 31 agensi bukannya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sahaja tetapi semua agensi yang menjaga keselamatan sempadan negara.

“Kita bangunkan satu sistem cloud di mana agensi ini akan memasukkan data berdasarkan kepada petunjuk yang kita sudah bagi. Jadi dalam setahun mereka masukkan dua kali dan kita kumpulkan data,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 58 data (indikator) daripada 31 agensi yang terlibat dalam analisa pembangunan skor IKSN.

Saifuddin berkata, skala IKSN ditetapkan merangkumi Skala 0.0 – 1.0 (Sangat Selamat): Skala 1.1 – 2.0 (Selamat): Skala 2.1 – 3.0 (Sederhana Selamat): Skala 3.1 – 4.0 (Kurang Selamat) dan Skala 4.1 – 5.0 (Tidak Selamat).

Secara keseluruhan, katanya, sebanyak 12 isu jenayah rentas sempadan dikenal pasti antaranya pendatang tanpa izin pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan senjata api serta penculikan untuk wang tebusan (KFR).

“Setakat ini, antara yang mencatat skor terbaik adalah penculikan untuk wang tebusan & rompakan di laut iaitu skor 0.00 dan penyeludupan senjata api iaitu skor 0.22,” katanya.

Saifuddin berkata, pengenalan IKSN akan dijadikan panduan dalam melaksanakan pergerakan aset serta anggota di sempadan negara berdasarkan data yang sahih dan tepat.

“Kita boleh kenalpasti untuk tempatkan aset di sempadan atau hotspot mana dan berapa pula kekuatan keanggotaan dan agensi.

“Begitulah dari sudut permohonan bajet tahunan kepada Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi untuk kita memperkuatkan fungsi kawalan sempadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN