IPOH: Keprihatinan terhadap tahap pendidikan dalam masyarakat Orang Asli mendorong penerima Anugerah Ikon Orang Asli Negeri Perak ini, untuk terus memberi ceramah dan motivasi secara percuma bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu. Rasila Yas, 54, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu, memulakan usaha itu sejak tahun 2009 dengan memenuhi undangan motivasi kepada pelajar secara percuma. Katanya, pendidikan adalah aset paling berharga mengubah nasib hidup, terutama dalam masyarakat yang…










