KUALA LUMPUR: Seorang peserta yang hadir menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar mengalami sesak nafas di sini hari ini.
Wanita berusia 30-an itu mengalami sesak nafas selepas didapati gula dalam darah rendah.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian.
“Selepas itu, dia dibawa oleh unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.
Perarakan ke Dataran Merdeka dari lima lokasi itu bermula seawal pukul 2 petang diringi lauangan ‘Turun Anwar’ dan ‘Bangkit Rakyat disamping para peserta membawa beberapa sepanduk protes terhadap Perdana Menteri.
Himpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional dihadiri peserta dari seluruh pelusuk negara.-UTUSAN











