KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Turun yang hadir dengan harapan agar suara mereka didengari dan perubahan segera dapat dilaksanakan. Bagi Janariah Abu Nawan, 52, yang datang dari Pagoh, Johor, kehadirannya adalah atas dasar solidariti sesama rakyat yang menurutnya semakin terhimpit dengan tekanan hidup di bawah pentadbiran sedia ada. Katanya, beliau bersama suami yang bermalam di sebuah hotel di Klang sejak semalam tiba di lokasi seawal 10.30 pagi. “Cukai naik, harga barang…










