KUALA LUMPUR : ‘Lautan hitam’ mula membanjiri Dataran Merdeka bagi Himpunan Turun Anwar di sini hari ini. Kesemua peserta yang memakai baju berwarna hitam tiba di hadapan pentas utama bermula kira-kira pukul 2.30 petang ini. Mereka berarak dengan memegang sepanduk ‘Turun Anwar’ ; bendera Palestin serta bendera negeri dari beberapa lokasi antaranya Pasar Seni, Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara di sini. Hasil tinjauan Utusan Malaysia, dianggarkan ribuan peserta menyertai himpunan…










