JOHOR BAHRU: “Doakan saya.” Itulah permintaan terakhir Superintenden Ahmad Bustamin Baharom, 43, kepada bapanya sebelum helikopter dinaiki bersama empat yang lain terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, kelmarin. Baharom Mohammed, 82, berkata, anaknya menghubunginya awal pagi semalam memaklumkan dia akan menaiki helikopter bagi menyertai latihan keselamatan. “Dia cuma kata nak naik helikopter dan minta saya doakan. Tak lama lepas itu, saya terima panggilan memaklumkan helikopter terhempas. Terkejut sungguh, tetapi syukur…