PERMATANG PAUH: Lapan Hakim Mahkamah Rayuan dan 14 Hakim Mahkamah Tinggi yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 28 Julai ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses pelantikan itu telah melalui semua peringkat sewajarnya termasuk penilaian oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), perbincangan dengan Raja-Raja Melayu serta perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Katanya, pemilihan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim lain dilaksanakan berlandaskan sistem semak dan imbang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Anwar berkata, beliau tidak memberikan sebarang kenyataan sejak seminggu lalu kerana menghormati sistem dan prosedur pemilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya