DUNGUN : Seorang gadis di Kampung Pulau Serai, di sini, memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang berlangsung pada September ini. Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza, 19, berkata, dia tidak pernah bertemu dengan bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, selepas ibu dan bapanya berpisah sejak dia berusia 40 hari. “Saya dan ibu ditinggalkan ketika masih dalam berpantang, ketika itu saya baru sahaja berusia 40 hari,”…