Gabungan Marhaen, JPTF sokong Piket Putrajaya 3.0

Gabungan Marhaen, JPTF sokong Piket Putrajaya 3.0

piket
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Marhaen dan Jaringan Pekerja Tidak Formal (JPTF) menyokong usaha pekerja-pekerja e-hailing yang akan melaksanakan Piket Putrajaya 3.0 pada 18 Julai.

Jawatankuasa Jaringan Pekerja Tidak Formal (JPTF) Gabungan Marhaen dalam satu kenyataan menyeru Kementerian Pengangkutan supaya melaksanakan tuntutan mereka seperti yang tersenarai dalam memorandum.
Antaranya adalah tambang minimum sebanyak RM8 selepas komisen operator bagi kawasan Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka, dan RM 7 selepas komisen operator bagi Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Satu lagi adalag=h tambang RM1.50/km bagi setiap kilometer untuk penghantaran melepasi jarak tambang minimum selepas komisyen operator bagi kawasan Lembang Klang, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka, dan RM1.25/km bagi perkara yang sama untuk kawasan Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, tambang ditentukan melalui sistem pengiraan dinamik yang berasaskan algoritma yang dikatakan mengambil kira faktor-faktor seperti kesesakan dan tuntutan semasa. Namun, pemandu-pemandu seringkali kehilangan hasil usaha mereka disebabkan cacat-cela aplikasi tertentu, apabila wujudnya keralatan dalam pengiraan jarak, anggaran salah tahap kesesakan jalan raya, justeru membangkitkan isu tambang yang tidak setimpal dengan kerja yang dilaksanakan.
“Seperti yang sedia maklum, pemandu-pemandu e-hailing tidak mempunyai kawalan menerima atau tidak melaksanakan/menjalankan tugasan yang diberi. Namun, mereka dikategorikan oleh syarikat-syarikat tertentu sebagai “rakan pemandu”.
“Hakikatnya, ini adalah salah satu bentuk penggajian terselindung (“disguised employment”) yang direka oleh syarikat-syarikat operator untuk mengelakkan kawal selia penggajian dan keselamatan sosial pekerja serta tanggungjawab dialog sosial dengan kesatuan sekerja.
“Beberapa minggu yang lalu, Persidangan Buruh Antarabangsa (“International Labour Conference”) telah memutuskan untuk merangka konvensyen dan syor bagi menetapkan piawaian antarabangsa bagi ekonomi platform.
“Maka kami menyeru kerajaan Malaysia untuk walk the talk dengan berbincang dengan kumpulan pemandu bagi mengatasi eksploitasi berasaskan algoritma terhadap pekerja-pekerja.
“Kami turut menyeru rakan seperjuangan untuk turut serta bersolidariti dengan Piket Putrajaya 3.0 pada 18 Julai 2025,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN