Enam beranak dilaporkan hilang, ditemukan maut dalam sungai

Enam beranak dilaporkan hilang, ditemukan maut dalam sungai

MAYAT enam beranak yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta yang terbabas ke dalam Sungai Korok di Jitra, Kubang Pasu. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Enam beranak yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu dipercayai meninggal dunia di dalam kereta dinaiki mereka yang terbabas ke Sungai Korok di Jitra, hari ini.

Pasangan suami isteri berusia 32 dan 31 tahun serta empat anak mereka berusia sembilan tahun hingga enam bulan itu ditemukan di dalam kereta berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 pagi ini mengenai kereta terjatuh sungai.

“Terdapat sebuah kereta Proton Iswara di dalam sungai itu dan terdapat enam mangsa dalam kenderaan terbabit. Proses pengecaman mangsa telah dilakukan oleh waris mangsa. Kerja-kerja pengeluaran mangsa dari dalam kereta itu sudah dilakukan,” katanya ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang wanita tidak menyangka pertemuan bersama abangnya sekeluarga pada malam Jumaat lalu menjadi detik terakhir mereka dilihat sebelum menghilang tanpa jejak keesokan harinya.

Kehilangan pasangan suami isteri dan empat anak mereka itu membingungkan keluarganya yang berusaha menjejaki mereka sejak kelmarin setelah tidak pulang ke rumah di Jerlun. 

Nur Adliah Shuhada Ishak berkata, abangnya, Mohd. Azim Ezzat, 32, bermalam di rumahnya di Taman Aman, Alor Setar bersama isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka yang berusia sembilan tahun hingga enam bulan.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jitra dan pencarian diteruskan di sepanjang laluan yang sering dilalui keluarga itu terutama berhampiran Sungai Korok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN