KUALA TERENGGANU: Empat majikan dikenakan denda sebanyak RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini selepas didapati bersalah menggaji pekerja warga asing tanpa dokumen sah. Tertuduh iaitu Loo Tze Lun, 36; Lim Shiao Kai, 48; Soo Suwt Keng, 58; dan Tee Chan Lai, 55, turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Kesemua tertuduh mengaku bersalah dan menjelaskan denda yang dikenakan. Hakim Nazlyza…