IPOH: Musim durian di Perak ketika ini memberikan rezeki kepada penduduk kampung termasuk seorang pesara kerajaan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, Mohd. Ali Khan Marekar, 75. Mempunyai lebih 30 pokok durian dengan sebahagian besarnya durian kampung di tanah dusunnya, rutin harian Mohd. Ali ketika ini lebih banyak ke dusun yang terletak berdekatan dengan rumahnya untuk mengutip durian. Menurutnya, ketika ini musim durian luruh sudah memasuki pertengahan dan jumlah…










