Dua warga Pakistan jual rokok seludup ditahan - Utusan Malaysia

Dua warga Pakistan jual rokok seludup ditahan

ROKOK kretek yang dirampas PGA semasa serbuan di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warganegara Pakistan selepas dipercayai menjual rokok seludup di sebuah premis di jalan Sekolah dekat Felda Chiku 3 di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 4.15 petang menerusi Op Taring Alpha itu PGA turut merampas 4,000 batang rokok kretek.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM7,920.

“Kesemua rokok tersebut ditemukan hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam premis berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan rokok-rokok tersebut dijual ke pasaran tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN