Dua pekerja TNB melecur, pencawang meletup

Dua pekerja TNB melecur, pencawang meletup

DUA pekerja TNB melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah pencawang di Jalan Bachang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kecederaan melecur selepas berlaku letupan disusuli kebakaran di sebuah stesen pencawang elektrik di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang di sini, pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dilaporkan melecur di beberapa bahagian badan ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 10.38 pagi.

“Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati berlaku letupan dan kebakaran di pencawang tersebut melibatkan dua pekerja TNB yang terkena renjatan elektrik,” katanya.

Mohd. Ismail berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital oleh pasukan kesihatan bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum ketibaan bomba.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal pada pukul 10.47 pagi dan ditamatkan lima minit kemudian selepas pemeriksaan lanjut mendapati tiada risiko bahaya lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN