Dua laporan polis, empat individu direkod keterangan

Dua laporan polis, empat individu direkod keterangan

Bas basikal
TANGKAP layar video kejadian tular melibatkan sekumpulan penunggang basikal dan pemandu bas dekat Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seramai empat individu direkodkan keterangan berhubung kes kumpulan pengayuh basikal didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya setakat ini menerima dua laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh pemandu bas dan pengayuh basikal. Buat masa ini kita telah merakam keterangan empat individu,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai sama ada tindakan saman dikeluarkan, kata beliau, siasatan lanjut masih sedang dijalankan pihaknya.

Kes itu disiasat mengikut Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing.

Utusan Malaysia semalam melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan pengayuh basikal yang terlibat dalam kejadian tular kira-kira pukul 9.35 pagi itu.

Siasatan awal mendapati mereka mengayuh basikal secara berkumpulan di lorong kiri jalan itu dan dipercayai menghalang pergerakan sebuah bas.

Tiada kemalangan bagaimanapun dilaporkan dalam kejadian akibat perselisihan faham itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN