Dua cedera, empat kenderaan termasuk bas bertembung 

Dua cedera, empat kenderaan termasuk bas bertembung 

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan di di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Jalan Kemajuan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan kira-kira pukul 9.30 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Honda Civic yang dipandu dari arah pusat bandar menghala ke Bukit Payung, Marang tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah Proton Exora yang datang dari arah Wakaf Mempelam menuju ke stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Rempuhan itu mengakibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan berpusing sebelum dilanggar di bahagian sisi kiri oleh Proton Persona dari arah Bukit Payong ke UTC Kuala Terengganu,” katanya, hari ini.

Menurut beliau, selepas itu sebuah bas ekspres dari arah Setiu yang sedang menuju ke stesen bas MBKT  merempuh sisi kanan Proton Exora tersebut.

“Pelanggaran menyebabkan pemandu Exora dan pemandu Honda Civic mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN