DUNGUN: Seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia lima tahun maut manakala suaminya parah selepas lori yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Bukit Besi, di sini, petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Isnaini Mohd., 42, dan anak lelakinya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmy meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala manakala suaminya, Khairul Syahmy Mat Hassan, 49, dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan, pasangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya