PETALING JAYA: Dua beranak ditahan polis susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Perdana 6/5, Taman Pandan Perdana, di sini pada 22 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penolong pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.16 malam yang memaklumkan berhubung kematian seorang lelaki di lokasi berkenaan. Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dikerahkan ke lokasi dan kematian mangsa pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya