Doktor cabul pesakit wanita ditahan polis

Doktor cabul pesakit wanita ditahan polis

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Polis menahan seorang doktor lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian cabul membabitkan seorang pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Bayan Baru, di sini.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun itu merupakan doktor sama yang pernah ditahan oleh polis kerana berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita di dua lokasi berbeza dalam daerah Timur Laut sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, doktor itu ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya selepas diminta hadir untuk membantu siasatan.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian itu diterima daripada seorang wanita semasa mangsa sedang mendapatkan rawatan di klinik swasta di Bayan Baru pada 29 Jun, kira-kira pukul 11.46 pagi.

“Wanita berkenaan mengalami sakit di bahagian perut dan semasa berada dalam bilik pemeriksaan, suspek dikatakan telah menyuruh mangsa untuk membuka baju.

“Suspek juga bertindak berani apabila cuba menyentuh bahagian payudara mangsa sebelum mangsa tampil untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sazalee berkata, susulan kejadian itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik doktor berkenaan bagi membantu siasatan.

“Suspek kini direman selama tiga hari iaitu sehingga 23 Julai bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, doktor lelaki tersebut pernah ditahan oleh polis sebanyak tiga kali iaitu pada Februari dan Mac lalu selepas didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita yang dirawatnya.

Selain memperdaya mangsa untuk membuka baju, suspek turut menyuruh mangsa berlari setempat kononnya untuk tujuan rawatan sebelum bertindak merakam gambar tubuh mangsa dengan menggunakan telefon bimbit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN