RAUB: Seorang pengusaha pasir didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengekstrak pasir secara haram di tanah milik kerajaan di Sungai Ara, Mukim Gali, di daerah ini, dua tahun lalu. Tertuduh, Chang Chee Onn, 67, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut, selain meluluskan permohonan…