KOTA TINGGI: Desaru terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa apabila menerima lebih 900 peserta dari 25 negara sempena kejohanan 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025 yang berlangsung hari ini. Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus berkata, penganjuran edisi kesembilan itu sebagai bukti komitmen berterusan pihak penganjur dalam memartabatkan sukan triatlon di Johor serta mengangkat Desaru sebagai hab sukan dan pelancongan bertaraf dunia. “Penganjuran acara seperti ini…










