GEORGE TOWN: Cuaca panas dan kering khususnya di Pulau Pinang menyaksikan negeri ini kini berdepan lonjakan pengunaan air domestik yang ketara iaitu sehingga mencecah hampir 900 juta liter sehari (JLH). Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, justeru PBAPP terpaksa meningkatkan pengeluaran dan pengagihan air bagi menampung keperluan rakyat serta mengelak gangguan bekalan di beberapa kawasan. “Penggunaan harian air bagi Jun 2025 direkodkan…