Cecah usia 52 tahun, Fauzi Nawawi aktif pergi gim bina badan - Utusan Malaysia

Cecah usia 52 tahun, Fauzi Nawawi aktif pergi gim bina badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah mencecah usia 50-an, pelakon, Fauzi Nawawi  mengekalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di gim bagi mendapatkan bentuk tubuh terbaik.

Jelas Fauzi, rutin bersenam tiga kali seminggu itu bukan sahaja dilakukan demi menjaga kesihatan, tetapi sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran filem terbarunya, Ogos ini.

“Sebenarnya saya dapat nasihat doktor mengatakan apabila kita makin berumur, kita digalakkan untuk bina otot.

“Perkara ini penting supaya tulang kita tak cepat mereput, tidak sakit urat dan saraf. Jadi saya aktif di gim sejak tiga bulan lalu.

“Lagipula, Ogos ini saya dapat tawaran berlakon filem aksi. Itu yang bina badan juga. Saya ada ‘slip disc’ tapi minor sahaja, jadi tidak bahaya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Selain bersenam, pelakon Lambaian Huda itu juga menjaga jadual makan dengan menetapkan pukul enam petang sebagai waktu makan malam.

“Berat saya sama sahaja sebab otot pun berat. Cuma saya diet untuk perut. Memasuki usia sekarang saya makan malam awal iaitu sebelum 6:30 petang. Kalau lapar sangat tengah malam saya akan makan sekeping roti.

“Selain itu dalam seminggu saya kena makan ayam sekali dan daging. Telur pula saya makan tiap hari kerana ia mengandungi Omega.

“Sejak amalkan gaya hidup baru ini saya nampak perubahan pada bahu dan dada. Isteri saya tahulah, sebab dia selalu dengan saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mengakui perubahan tubuhnya juga banyak disokong dengan bantuan isteri iaitu pelakon, Lisdawati.

“Setiap hari jadual aktiviti saya memang dijadualkan oleh isteri. Kami juga mempunyai pengurus yang sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN