Bukan program gay tetapi program kesedaran kesihatan

Bukan program gay tetapi program kesedaran kesihatan

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program di Kemumin, Pengkalan Chepa yang diserbu oleh polis Kelantan kerana didakwa menjadi tempat ‘pertemuan’ lelaki gay sebenarnya merupakan program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad melalui laman X rasminya pada malam tadi.

Dzulkefly bertindak demikian sebagai respons kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak mengulas mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak polis Kelantan itu.

Dalam perkembangan sama, Dzulkefly turut berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berhubung program terbabit.

Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa aktiviti jangkauan komuniti dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di bawah Yayasan AIDS Malaysia iaitu Persatuan Pengantara Pesakit Kelantan (Sahabat).

“Kerjasama antara KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan NGO kesihatan adalah penting dalam usaha menjangkau populasi berisiko tinggi bagi meningkatkan pengetahuan mengenai strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal serta manfaat rawatan awal dalam mencegah komplikasi serius,” menurut kenyataan itu.

Dr. Zaini berkata, Sahabat sudah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak tahun 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang menyasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Usaha ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai jangkitan HIV, jangkitan penyakit kelamin dan Hepatitis C,” katanya.

Pada 17 Julai lalu,  Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat dilaporkan berkata, serbuan terhadap sebuah banglo itu selepas intipan awal yang dilakukan oleh pasukan awal sejurus mendapat maklumat awam.

Menurutnya, hasil serbuan mendapati terdapat lebih 20 lelaki  berada di dalam banglo berkenaan.

Tiga daripada 20 individu telah ditahan kerana memiliki bahan lucah melibatkan gay dan kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Hasil soal siasat semua mereka mengakui kumpulan gay dan menganjurkan majlis makan-makan serta perjumpaan tersebut secara percuma dengan menghebahkan maklumat tersebut di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN