Buat content kerana tugas, bukan tujuan 'canang' percintaan - Riena Diana - Utusan Malaysia

Buat content kerana tugas, bukan tujuan ‘canang’ percintaan – Riena Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Riena Diana menegaskan tidak berniat ‘menjaja’ kemesraan dengan kekasihnya, Keith Foo menerusi kandungan yang mereka hasilkan di media sosial.

Kata pelakon berusia 27 tahun itu, sebaliknya kandungan-kandungan bersama itu adalah sebahagian kerja-kerja promosi yang ditawarkan kepada mereka.

“Kami sebenarnya terima banyak permintaan untuk mempromosikan sesuatu daripada klien yang mahukan kami mencipta kandungan media sosial secara bersama.

“Begitu juga dengan tawaran lakonan, ramai penerbit yang mahu menggandingkan kami dalam drama mereka hasilkan.

“Itu semua sebahagian kerja, termasuklah mempromosikan produk dan sebagainya. Bukanlah dibuat untuk menunjukkan kemesraan atau mencanang percintaan kami,” katanya.

Riena diminta mengulas mengenai persepsi segelintir netizen yang menganggap dia dan Keith seakan-akan berlebih-lebihan menayangkan kemesraan sebagai pasangan kekasih kerana terlalu kerap memuat nakk kandungan bersama di media sosial.

Riena menolak tanggapan itu malah memaklumkan kini kurang berkongsi momen romantis bersama Keith di media sosial berbanding ketika fasa awal perhubungan mereka.

“Ketika awal bercinta, saya akui selalu kongsi momen kami bersama di media sosial. Tetapi sekarang tidak sekerap dahulu,” ujarnya.

Pasangan itu mula berkongsi kepada umum mengenai hubungan istimewa mereka sekitar tahun lepas.

Riena dan Keith bagaimanapun tidak terburu-buru dan mahu benar-benar bersedia sebelum membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN