Bila masa saya kata harga nombor plat kereta ratusan ribu? - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Bila masa saya kata harga nombor plat kereta ratusan ribu? – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan nombor plat kereta Toyota Vellfire terbaharunya mencecah RM348,000.

Menurut Aliff, 38, kereta tersebut merupakan hadiah daripada isteri tercinta, Nur Shahida Mohd Rashid namun memilih mengunci mulut harga sebenar nombor plat ‘ADH 1’ itu.

“Saya tak pernah bercerita berapa harga nombor plat kereta saya. Saya sendiri terkejut nampak ada pihak mengatakan harganya RM348,000. Nanti timbul pula isu riak.

“Apa yang keluar daripada mulut saya cumalah berharga RM10,000. Tidak pernah kata ratusan ribu.

“Saya harap tidak perlu buat provokasi nanti orang benci saya. Saya ini sudah tua tidak mahu riak. Saya pun tidak mahu kena kejar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Aliff ditemui Utusan Malaysia di D’herbs Holdings, Kota Damansara pada Jumaat.

Tambahnya lagi, dia juga kecewa apabila ada pihak menuduhnya sengaja mencipta gimik demi melariskan produk.

“Kalau saya mahu kejar viral, lebih baik saya kata nombor plat kereta itu RM4  juta terus. Ini semua daripada mulut orang, saya tidak cakap begitu.

“Sebenarnya saya sudah lama ingin beli kereta itu tapi tidak mampu. Saya hanya belikan untuk mak dulu dan niat mahu kumpul duit tunggu harga jatuh dulu,” tambahnya.

Terdahulu, Aliff Syukri mencuri tumpuan apabila ada pihak mendakwa nombor kereta berjenama mewah milik usahawan itu mencecah ratusan ribu ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN