Beri ruang pihak berkuasa siasat kematian Zara Qairina

Beri ruang pihak berkuasa siasat kematian Zara Qairina

FADHLINA Sidek menziarah keluarga Zara Qairina di di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kematian Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan, Sabah, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu bagi menghormati hak keluarga mangsa serta tiada spekulasi tidak sepatutnya disebarkan berhubung kejadian tersebut.

“Sebarang andaian atau kenyataan yang tidak berasas bukan sahaja boleh mengganggu siasatan, malah menjejaskan emosi keluarga yang sedang berduka.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Fadhlina berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi kementerian telah menziarahi keluarga mangsa di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga itu terpelihara.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah turut menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Zara Qairina dan mendoakan agar mereka dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

Katanya, kementerian akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Pelajar tingkatan satu SMA Tun Datu Mustafa Limauan itu disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN