KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi, Erna Elliyana Rosli dan suaminya, Syed Mahadzir Fadaak Syed Jamil Fadaak dikenakan hukuman penjara 20 hari kerana menghina mahkamah selepas gagal mematuhi perintah injunksi Mareva. Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Yusrin Faidz Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Erna Elliyana dan Syed Mahadzir gagal mematuhi perintah bertarikh 5 September dan 22 November 2024. Pasangan itu juga masing-masing didenda RM10,000 oleh mahkamah dengan jumlah tersebut diperintahkan untuk dibayar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya