JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Belia dan Sukan Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, dua tahun lalu. Tertuduh, Khairul Adri Rosli, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menerima wang berjumlah RM4,000 daripada wakil sebuah syarikat kontraktor menerusi akaun syarikat ke dalam akaun seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya. Ia berkaitan kerja-kerja membina pondok pengawal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya