Bas elektrik di Kelantan beroperasi Ogos ini - Utusan Malaysia

Bas elektrik di Kelantan beroperasi Ogos ini

CHE Ibrahim Che Ismail menunjukkan Bas.My yang menggunakan enjin diesel sudah beroperasi di laluan Kota Bharu-Meranti di Kelantan ketika ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perkhidmatan bas elektrik yang dijenamakan sebagai Bas.My Kota Bharu akan beroperasi sepenuhnya di negeri ini pada Ogos nanti.

Pengerusi Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, mengikut perancangan awal perkhidmatan itu sepatutnya bermula pada Selasa lalu namun terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal.

Menurutnya, lima buah Bas.My yang sedang beroperasi ketika ini melibatkan laluan Kota Bharu-Meranti-Kota Bharu menggunakan enjin diesel.

“Saya harap orang ramai dapat bersabar. Setakat ini empat buah bas elektrik sudah bersedia untuk digunakan.

“Sebelihnya kami akan maklumkan perkembangan ini dari masa ke masa melibatkan operasi dan laluan bas terbabit,” katanya kepada pemberita pada Program Mengacau Bubur As-Syura di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim memberitahu, secara keseluruhan pihaknya akan menerima 43 buah bas untuk beroperasi di seluruh negeri ini.

Katanya, kesemua baki bas tersebut akan diterima pada pertengahan dan hujung bulan ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak lapan buah bas elektrik bernilai RM11.2 juta memulakan operasi secara rasminya di Kelantan bermula Julai ini dengan nama bas.my Kota Bharu.

Peringkat awal bas tersebut beroperasi di empat laluan sekitar bandar ini.

Ia melibatkan laluan Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra-Sabak, Kota Bharu-Panchor-Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Pengkalan Chepa dan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN