PETALING JAYA: Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meninggal dunia di kediamannya di sini, pagi tadi akibat sakit tua. Allahyarham Saleh Lempah, 66, yang juga dikenali sebagai Cikgu Saleh menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 pagi. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr. Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook beliau, sebentar tadi. “Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon doakan agar ayahanda kami diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya