Setiap rakyat Malaysia dapat Bantuan SARA RM100

Setiap rakyat Malaysia dapat Bantuan SARA RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

Katanya, bantuan itu diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.

“Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.

“Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025.

“Ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa,” katanya dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, mungkin terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini.

Justeru, katanya, kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN