PETALING JAYA: Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang dipercayai terlibat kes rasuah perolehan tender projek pembinaan pusat data menemukan wang tunai hampir RM1 juta yang dibakar. Wang kertas RM100 ditemukan sudah terbakar ketika serbuan dijalankan di rumah suspek yang terletak di Petaling Jaya pada Khamis lalu. Tindakan itu dibuat susulan suspek terkejut dengan serbuan dijalankan SPRM. Menurut sumber, suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya. “Selepas pintu rumah berjaya dibuka, pasukan SPRM yang membuat serbuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya