Bahan kitar semula jadi sumber rezeki

Bahan kitar semula jadi sumber rezeki

FIRDAUS Bentris menunjukkan produk pemegang kunci topi diperbuat daripada bahan kitar semula yang dijual di Kampung Air Puteri, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Siapa sangka penutup botol dan kotak terpakai boleh dijadikan pemegang kunci sehingga berjaya mendapat tumpuan pelancong.

Ketua Kampung Air Puteri, Firdaus Bentris berkata, usaha itu antara tarikan produk yang dijual di Mersing Souvenir House (MSH) adalah hasil inisiatif penduduk kampung menerusi geran Sejati Madani berjumlah RM100,000.

Katanya, tidak seperti kebanyakan kampung lain yang memberi tumpuan terhadap sektor agro dan ternakan, Kampung Air Puteri tampil berbeza apabila menghasilkan produk kraf tangan dan cenderamata berasaskan kehidupan laut.

Dia yang juga Setiausaha Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) berkata, idea itu bermula Oktober tahun lalu dan mula dipromosikan secara aktif sejak Februari lalu.

“Kami hasilkan pelbagai produk seperti pemegang kunci, pelekat magnet, topi daripada penutup botol dan kotak serta baju. Semuanya berkonsepkan kehidupan laut dan Mersing kerana kami mahu pelancong pulang dengan kenangan yang benar-benar menggambarkan identiti daerah ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, MSH bukan sekadar tempat beli-belah malah pelawat juga berpeluang menyertai bengkel membuat kraf tangan dan bermain permainan tradisional seperti gasing.

“Ini bukan sekadar pusat kraf, sebaliknya produk ini menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti di sini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN