Awie nafi ‘serang’ Shila Amzah

Awie nafi ‘serang’ Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis Wings, Datuk Awie menegaskan dia bukanlah individu yang didakwa menyerang penyanyi, Shila Amzah semasa sesi latihan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y, semalam.

Menurut Awie tidak mengetahui mengenai insiden itu kerana tidak berada di sana ketika kejadian.

“Saya nak memberitahu di sini kejadian antara Shila Amzah dengan sesiapa yang saya tak tahu. Saya tidak ada kena mengena dan tidak ada di kawasan yang berlaku,” katanya.

Awie berkata demikian menerusi satu pesanan suara kepada program hiburan, Hlive, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Awie meminta agar semua pihak berhenti mencalarkan nama baiknya tanpa usul periksa.

“Saya mohon kepada semua untuk berhenti membuat fitnah kaitkan nama saya. Cukup-cukuplah. Sesiapa yang sudah terlajak fitnah, cepat-cepat datang jumpa saya untuk minta maaf,” katanya.

Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert

Shila turut mendakwa tindakan individu terbabit telah menimbulkan rasa cemas (anxiety) yang memberi kesan terhadap emosi dan keselamatannya sebagai seorang artis.

Sementara itu, pembantu peribadi Shila, Aini Shuhaidah, menyatakan kekesalannya terhadap sikap tidak profesional legenda terbabit yang menurutnya berlaku di lokasi umum tanpa mengambil kira imej dan maruah pihak terlibat.

Warganet mula berteka-teki dan memetik beberapa nama seperti Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN