Ariz Lufias tolak tajaan, sokong peniaga kecil - Utusan Malaysia

Ariz Lufias tolak tajaan, sokong peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti media sosial, Ariz Lufias menegaskan, dia tidak menerima sebarang tajaan makanan untuk siri rebiu makanannya yang diberi judul Awak Masak Ariz Makan (AMAM), di akaun Instagramnya.

Menurut Ariz, segala makanan yang dipaparkan dalam rancangan itu dibeli sendiri oleh pasukannya pada harga asal, tanpa sebarang diskaun mahu pun penajaan.

“Saya tak minta ‘sponsor’ untuk makanan yang saya rebiu dalam siri AMAM. Pasukan saya akan beli dengan harga asal.

“Kadangkala beli banyak untuk bagi pada pelanggan, kadangkala beli untuk saya makan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Jelas Ariz, hanya makanan yang benar-benar menepati citarasanya akan dimasukkan dalam AMAM.

Tambahnya, dia juga tidak akan memberikan ulasan negatif terhadap mana-mana makanan yang dicuba.

“Kalau kena dengan citarasa saya, baru saya akan masukkan dalam AMAM. Dan saya takkan rebiu negatif.

“Sebab apa? Perniagaan kecil-kecilan ini bukannya nak kaya, tapi selalunya cuma nak meneruskan kelangsungan hidup dan bantu sara keluarga,” ujarnya.

Menurut Ariz lagi, tujuan utama dia tampil dengan inisiatif segmen itu di Instagramnya adalah untuk membantu perniagaan kecil yang berusaha mencari rezeki dengan jujur dan bukan untuk mencari keuntungan semata-mata.

“Bagu saya, rebiu yang buruk akan merosakkan bisnes orang. Jadi selalulah jadi baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN