JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Indonesia petang ini bagi menghadiri Rudingan Tahunan Ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama bagi kedua-dua pemimpin. Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata, rundingan tahunan ini adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan komprehensif. Kata beliau, sejak pelaksanaannya pada tahun 2006 secara bergilir antara kedua-dua negara,…










