PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan simpati terhadap tragedi jet pejuang yang terhempas di sebuah sekolah di Dhaka, Bangladesh sehingga meragut 27 nyawa termasuk 25 kanak-kanak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat sedih apabila dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa di negara tersebut. “Ramai yang terkorban, kebanyakannya kanak-kanak dan lebih 100 orang lagi cedera,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya 27 orang maut, termasuk 25 kanak-kanak, selepas sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Bangladesh terhempas ke dalam kawasan kampus sekolah dan kolej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya